Build css navigation bar of

Friday, 1 December 2017

PENGENALAN


Blog ini dibangunkan sebagai bahan pembelajaran bagi pelajar Kursus Seni Kulinari Kolej Vokasional yang mengambil subjek Pengoperasian Perkhidmatan Makanan (HSK203). 


Blog pembelajaran ini dibangunkan untuk kegunaan pelajar Seni
 Kulinari dan juga tenaga pengajar dalam bidang yang berkaitan di seluruh Malaysia. Blog ini juga boleh digunakan oleh orang awam untuk menambah ilmu pengetahuan.



Latihan Topik 1

1. Senaraikan jenis-jenis linen dan huraikan setiap satu


2. Jelaskan cara pengendalian, penjagaan dan penyimpanan bagi peralatan penyajian tembikar


3. Jelaskan cara pengendalian dan penjagaan bagi peralatan elektrik yang dinyatakan di bawah :


  • Brain Marie
  • Soup Kettle
  • Hot Cupboard
  • Coffee Maker
  • Blender/Juicer

1.1 Linen

Topik 1 : Peralatan Penyajian

Objektif Khusus
Selepas mempelajari unit ini, pelajar dapat

  • Mengenalpasti, menyenaraikan dan menghuraikan peralatan tatasajian
  • Mengenalpasti, menghuraikan, mengendalikan, menyenggarakan dan  menyimpanan peralatan tatasajian
  •     Mengamalkan sikap profesionalisme dan nilai-nilai murni dalam penyajian makanan dan minuman 



1     1.1 LINEN
   
      1.1.1 Pengenalan
       Linen terdiri daripada :

   

     1.1.2 JENIS-JENIS LINEN



      1.    Alas meja(Table cloth)

      Alas meja ialah lapik yang digunakan untuk menutup permukaan meja.Alas meja ini diperbuat daripada fabrik, plastik yang bercorak atau polos. Tujuan penggunaannya adalah untuk menambahkan seri pada ruang makan supaya kelihtan lebih menarik dan ceria.



        2.    Silent cloth




     Silent cloth atau lapik alas meja diperbuat daripada fabrik kapas campuran tanpa tenun. Lapik alas meja ini diletakkan di atas meja sebelum dibentangkan atas meja. Tujuan penggunaan silent cloth adalah untuk:

(a)  Mengelakkan alas meja daripada menggelongsor
(b)  Mengurangkan bunyi bising ketika mengatur peranggu meja
(c)  Menyerap cecair yang tumpah
(d)  Memberikan keselesaan kepada pelanggan semasa meletakkan tangan di atas meja.


3.Skirting 

     Skirting dipasang di tepi keliling meja bufet atau meja makan sebagai hiasan meja untuk menambahkan seri pada ruang makan. Skirting juga boleh dijahit atau dihias mengikut kreativiti sesebuah organisasi.

     4.Napkin
   

     Tujuan napkin diletakkan di atas meja untuk mencantikkan meja, melindungi pakaian pelanggan daripada tekena makanan yang tumpah dan sebagai pengelap mulut. Napkin atau serviette diperbuat daripada fabrik kapas,linen atau kertas yang berwarna.

     5.Table Runner
     Table runner diletakkan di tengah meja makan. Tujuannya adalah untuk menghias dan menambahkan seri pada meja. Table runner juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti segi empat sama, segi empat tepat, bercorak atau polos.

6.Service Cloth

     Service cloth atau kain layan digunakan oleh pramusaji semasa pengendalian tugas harian seperti membawa pinggan panas ketika menghidang makanan, menyapu remah di meja makan dan mengelap makanan atau cecair yang tumpah di atas meja. Pramusaji akan meletakkan kain layan yang telah dilipat tiga memanjang di lengan kirinya.

     7.Tea Towel

     Tea towel atau kain pengelap peralatan sajian digunakan untuk mengelap perkakas seperti pinggan mangkuk, sudu, garpu, gelas dan perkakas lain.